Assalamualaikum Wr. Wbt. dan Salam Sejahtera buat Warga UMT yang dikasihi,
Sebagai warga UMT yang cakna masyarakat dan pemimpin yang berjiwa rakyat, Kolej Siswa melalui Unit Pembelajaran Keduanya terus  menganjurkan program bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Yang terkini merupakan Program Singgah Sahur Ramadhan 2016. Dengan sukacitanya diwar-warkan program kami sepertimana berikut:

Tarikh     : 21 dan 22 Jun 2016 bersamaan
Hari/masa : Selasa dan Rabu (3.00-5.30 pagi)
Tempat : Rumah-rumah Keluarga Miskin di sekitar Kolej Siswa, UMT

Untuk makluman, melalui program ini pihak Kolej Siswa akan menziarahi keluarga yang dikenalpasti sebagai susah dan memerlukan bantuan. Mereka akan menerima sumbangan berbentuk keperluan asas yang amat diperlukan di bulan Ramadhan dan Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.  Seterusnya rombongan Kolej Siswa berserta para penyumbang akan bersahur bersama-sama dengan keluarga tersebut bagi membentuk ukhuwah berpanjangan, inshaAllah. Selain itu, warga UMT yang turut menyumbang bagi menjayakan program kebajikan Kolej Siswa kali ini, kami doakan amalan anda semua akan terus diberkati.

Atas segala perhatian dan sokongan berterusan seluruh Warga UMT sekelian, sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

IKHLAS DARIPADA,

WARGA KOLEJ SISWA, UMT
PROGRAM SINGGAH SAHUR RAMADHAN, KOLEJ SISWA 2016
UMT