GRAMMAR IS FUN 2017 – KOLEJ SISWA

Latar Belakang:

  1. Program Grammar is Fun merupakan program untuk tahun kedua dianjurkan oleh Majlis Kolej Siswa untuk warga kolej siswa. Program berkonsepkan pembangunan mahasiswa ini, adalah untuk menjadikan Kolej Siswa sebagai satu platform pembelajaran sepanjang hayat sebagai nilai tambah pembelajaran di bilik kuliah dalam melahirkan graduan yang berkualiti.
  1. Program ini juga amat produktif bagi mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu terutamanya yang menginap di Kolej Siswa kerana masa senggang mereka akan diisi dengan beberapa program yang berkonsep ilmiah, praktikal dan pembentukan sahsiah serta jati diri seorang mahasiswa.
  1. Secara keseluruhannya, program ini adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi pendidikan cemerlang dan bernilai murni ke arah pembentukan nilai yang tinggi dan holistik.

 

Objektif

  • Mencungkil dan membina potensi jati diri yang ada pada mahasiswa melalui pertandingan yang dilaksanakan.
  • Mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kemahiran berkomunikasi, ilmu pengetahuan dan kaedah pembelajaran yang berkesan kepada para peserta.
  • Mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim antara penghuni Kolej Siswa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama melalui penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan.

 

Pelaksanaan Program

4.  Cadangan pelaksanaan program ini adalah sepertimana berikut:

  • Tarikh: Mac dan Jun 2017
  • Tempat: Sekitar Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu.
GRAMMAR IS FUN 2017
UMT