Latar Belakang

  1. Program ini merupakan program kali pertama yang dianjurkan oleh Kolej Siswa 2017. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa UMT tentang kepentingan menguasai kemahiran infografik.
  1. Infografik merupakan kaedah paparan visual yang memanipulasikan format grafik bagi mempersembahkan informasi secara lebih efektif. Mahasiswa juga akan diberi pendedahan mengenai penulisan resume yang menepati format dan kriteria.
  1. Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang isu plagiarism yang salah dari segi etika. Antaranya, tentang kesan buruk yang bakal dihadapi serta teknik meminjam idea atau perkataan dengan betul.

Objektif

  1. Antara objektif penganjuran SHOW ME HOW WORKSHOP adalah seperti:
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan menguasai kemahiran infografik.
  • Dapat melahirkan pelajar yang lebih inovatif dan kreatif serta dapat mengembangkan lagi pemikiran mahasiswa agar lebih kritis
  • Memberi pendedahan mengenai perbuatan plagiarism adalah salah dari segi etika dan mempelajari cara untuk megelakkan daripada berlakunya
  • Mempelajari teknik penulisan resume yang betul dan beretika agar mahasiswa dapat menghasilkan resume yang menarik dan memenuhi keperluan bakal majikan.

Perincian Program

5. Cadangan aturcara program adalah seperti di bawah:

  • Tempat: Auditorium Mahyuddin, UMT
  • Tarikh  : 22 April 2017 (Sabtu)
  • Masa    : 9.00 Pagi – 4.00 Petang

 

SHOW ME HOW WORKSHOP 2017
UMT