Latar belakang

  1. Program ‘Speak Up’ merupakan program yang diinspirasikan oleh Majlis Kolej Siswa bagi tahun kedua, 2017.
  1. Tujuan program ini dijalankan untuk adalah untuk membudayakan komunikasi dan penguasaan bahasa yang positif terutamanya bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan mahasiswa.
  1. Program ini akan berlangsung pada Mac, April dan Julai 2017 dengan kekerapan sekali seminggu bertempat di sekitar kampus UMT. Seramai dua puluh (20) peserta akan menyertai setiap sesi dan masa yang diperuntukkan adalah 15 minit setiap peserta.
  1. Secara keseluruhannya, program ini juga memberi peluang kepada mahasiswa bagi mencungkil bakat masing-masing dan dapat memberi keyakinan dan keberanian kepada mahasiswa apabila berhadapan di khalayak ramai untuk digunakan pada masa akan datang.

 

Objektif

  • Mempelbagaikan kaedah penguasaan kemahiran berkomunikasi dan mengubah persepsi, minat, strategi belajar peserta kepada yang lebih menarik terutamanya bahasa Inggeris.
  • Melahirkan mahasiswa yang mampu bercakap dan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan lebih baik.
  • Memotivasikan mahasiswa terutamanya apabila berdepan dengan khalayak ramai serta mengunakan keadaan santai dan bersahaja bagi menambahkan keyakinan dalam berkomunikasi.

Perlaksanaan Program

5. Cadangan pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

  • Masa     : Mac, April dan Julai 2017
  • Tempat : Sekitar Kampus Universiti Malaysia Terengganu.
‘ SPEAK UP’ 2017
UMT