Kemudahan Asrama Pelajar dalam Kampus

Kemudahan penginapan pelajar dalam kampus terletak di Jalan Tok Jembal dan boleh memuatkan 4500 orang pelajar. Pelajar tahun satu dan mempunyai masalah kesihatan   diberi keutamaan untuk menginap di asrama dalam kawasan kampus.

Asrama di dalam kawasan kampus menyediakan penginapan yang selesa dan selamat. Dengan kedudukan yang strategik, asrama pelajar ini adalah beberapa minit sahaja dari pejabat pos, bank, medan selera dan kawasan pantai.
Bilik di dalam kawasan kampus dilengkapi dengan:

  • Katil berserta dengan tilam dan bantal
    Meja belajar berserta dengan rak dan kerusi
    Almari baju
    Kipas
    Penutup tingkap
    Cermin muka
    Lampu

Blok asrama di dalam kawasan kampus dilengkapi dengan:

  • Bilik air dan tandas di setiap tingkat;
    Bilik Televisyen;
    Kemudahan kafeteria;
    Kemudahan dobi;
    Mesin minum layan diri;
    Mesin kad telekomunikasi layan diri;
    Pengawal Keselamatan yang bertugas 24 jam;
    Kemudahan telefon awam dan tempat letak basikal dan motosikal;
    Akses internet;
    Kawasan rehat dan outdoor gym.
UMT