PENGENALAN

Pengurusan Luar Kampus Kolej Siswa ditubuhkan oleh HEPA bagi membantu pelajar dalam memberi kemudahan mencari rumah sewa di sekitar Kuala Terengganu.Selain itu Pengurusan Kolej Siswa juga turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan -kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.

OBJEKTIF

Mewujudkan sistem pengurusan yang professioanal, cekap dan dinamik dalam memberikan perkhidmatan dan memelihara kebajikan pelajar luar kampus.

FUNGSI

• Menyediakan dan mengemaskini Sistem Maklumat Pelajar Luar Kampus bagi memastikan maklumat tepat.
• Menyediakan direktori Rumah sewa untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa.
• Menyediakan maklumat, buku panduan penyewaan dan pengetahuan am bagi mahasiswa/ mahasiswi Luar Kampus.
• Menyediakan khidmat pengantara dan nasihat penyewaan rumah.
• Membantu mahasiswa dalam menjalankan aktiviti atau program bersama masyarakat dan komuniti setempat.
• Menyelaras permohonan mahasiswa/ mahasiswi yang layak untuk mendapatkan tempat tinggal di dalam Kolej Siswa.
• Memantau dan membantu memelihara kesejahteraan mahasiswa Luar Kampus seperti kemalangan, kecurian, jenayah (sivil/syariah), masalah kesihatan
• Menyediakan kemudahan tambahan kepada mahasiswa luar Kampus.

Luar Kampus Facebook
UMT