Keselamatan daripada jenayah

  Kecurian

  • Pastikan kenderaan dipasang dengan alat penggera yang baik
  • Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan klac.
  • Pastikan juga kenderaan sentisa dikunci.
  • Sentiasa letakkenderaan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
  • Mengukir nombor pendaftaran di cermin kenderaan atau mana  – mana badan kenderaan.

 Ragut

  • Sentiasa membawa wang secara minima.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat – tempat sunyi atau semasa menaiki lif
  • Jangan mendedahkan barang – barang kemas yang dipakai Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan
  • Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya
  • Sentiasa mempunyai alatan pertahanan untuk pertahanan diri seperti penyembur lada.
  • Hendaklah sentiasa dalam keadaan bersedia dan sedar bahaya di persekitaran.
UMT