faq-banner

S18 : Adakah terdapat kemudahan Bank di UMT?

J18 : Kemudahan bank yang ada di UMT ialah CIMB Bank yang terletak di hadapan Pusat Kesihatan Pelajar, UMT.

S19 : Adakah disediakan pengangkutan semasa kuliah bermula?

J19 : UMT menyediakan kemudahan perkhidmatan van sekolah dari asrama ke kampus dengan kadar bayaran yang berpatutan. Bagi yang tinggal di luar (penginapan berhampiran UMT), perkhidmatan bas disediakan untuk mengambil para pelajar.

S20 : Di manakah borang PTPTN boleh didapati?

J20: Bermula Sesi Akademik 2008/2009, permohonan PTPTN hanya boleh dibuat melalui ‘on-line’ melalui laman web PTPTN di alamat http://www.ptptn.gov.my

S21 : Di manakah tempat untuk saya mengadu jika berlaku kecemasan contohnya sakit?

J21 : Jika kecemasan berlaku pada waktu pejabat, pelajar boleh mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Pelajar, UMT. Sekiranya kecemasan berlaku pada waktu malam pelajar boleh menghubungi fellow asrama yang bertugas di setiap blok masing-masing.

S22 : Apakah persiapan yang perlu dibuat oleh pelajar untuk Majlis Ikrar Pelajar?

J22 : Pada Majlis Ikrar Pelajar, semua pelajar diminta memakai baju batik yang diberi dalam Pakej Minggu Jalinan Mesra. Bagi pelajar lelaki sila pakai baju batik bersama seluar hitam (warna gelap) dan pelajar wanita hendaklah memakai baju batik bersama kain hitam (warna hitam).

S23 : Bolehkah saya menukar bilik asrama?

J23 : Sebarang pertukaran bilik adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun sekiranya mempunyai sebab-sebab tertentu boleh berhubung terus dengan pegawai di Pejabat Kolej Kediaman masing-masing.

S24 : Bolehkah saya dikecualikan dari tinggal di asrama?

J24 : Semua pelajar tahun satu diwajibkan tinggal di asrama. Permohonan pengecualian hanya dipertimbangkan bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja.

S25 : Dimanakah boleh saya mendapatkan bekalan makanan semasa berada di kolej kediaman?

J25 : Dikolej kediaman UMT terdapat 6 unit kafeteria makanan bermasak yang beroperasi dari pukul 8.00 pagi 10.00 malam.

S26 :Adakah saya akan mendapat kemudahan asrama sepanjang pengajian saya di UMT?

J26: Kemudahan kolej kediaman hanya diberikan kepada pelajar tahun satu sahaja, walau bagaimanapun pelajar yang aktif dalam aktiviti asrama akan layak memohon untuk tinggal di kolej kediaman bergatung kekosongan tempat.

UMT