ks

Kolej Siswa (KS) merupakan salah satu komponen pengurusan di dalam Pembangunan Pelajar yang bertanggungjawab menguruskan penempatan serta kemudahan pelajar bagi mewujudkan susana kediaman yang selesa dan selamat.

Pada tahun 2013 KS telah dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan  sebagai pusat pembelajaran kedua kepada pelajar yang menginap di Kolej Siswa. KS kini  diterajui oleh seorang pengetua dan dibantu dua timbalan pengetua. Kolej Siswa terbahagi empat komponen penting iaitu Kolej Siswa Dalam Kampus, Kolej Siswa Luar Kampus dan Kolej Siswa Pembelajaran Kedua.

Objektif Kolej Siswa:

  1. Menguruskan permohonan penempatan mahasiswa di dalam kampus.
  2. Menyediakan kemudahan, prasarana dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada mahasiswa.
  3. Menyediakan perkhidmatan pembaikan bagi kerosakan kecil di Kolej Siswa dan Asrama Taman Permint.
  4. Mentadbir dan menyelaras aktiviti mahasiswa yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri.
  5. Menyediakan ruang dan peluang untuk mahasiswa membantu pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di kolej.
UMT