Fungsi Kolej Siswa:
1. Mengurus penempatan pelajar Kolej Siswa.
2. Melaksanakan, menyelaras dan memantau aktiviti pembelajaran ke dua di Kolej Siswa.
3. Menyelaras pembangunan kebajikan pelajar di Kolej Siswa.
4. Mengurus dan mengemaskini rekod pelajar di Kolej Siswa .
5. Menyelaras, merancang, menyelia aktiviti Kolej Siswa.
6. Mengurus dan menyelia penyelenggaraan Kolej Siswa.
7. Menyelaras peraturan bagi setiap pengusaha kafetaria agar mengikut peraturan yang ditetapkan.
8. Memastikan masalah pelajar diselesaikan segera.
9. Memastikan prasarana kemudahan Kolej sentiasa berkeadaan baik.
10. Memastikan keselamatan pelajar Kolej sentiasa terjamin.
11. Memastikan felo proaktif kepada pelajar.

Kolej Siswa UMT terdiri daripada dua Kolej iaitu:

1. Kolej Siswa Abdul Rahman Limbong

Kolej ini terdiri daripada enam (6) blok iaitu At- Tharmidzi(ATT), At- thabrani(ATB), Ibu Jarir(IJ), An- Nasai'(ANN), Ibnu Abbas(IA) dan Ibnu Majah(IM). Kebanyakan mahasiswa yang tinggal di dalam Kolej ini ialah mahasiswa tahun pertama.

2. Kolej Siswa Sheikh Abdul Malek

Kolej ini terdiri daripada dua (2) blok iaitu B1 dan B2. Kebanyakan mahasiswa yang tinggal di dalam Kolej ini ialah mahasiswa tahun kedua dan ke atas.

Kolej Siswa Facebook
UMT